Monday, May 24, 2010

Peperangan di Afghanistan adalah Peperangan Barat Menentang Islam




Berita di bawah amat bertepatan dengan ayat Allah, Al baqarah 120 seperti di atas.

LONDON – Bekas pemimpin tentera British yang baru bersara dan  kini di lantik sebagai penasihat ketenteraan kepada Perdana Menteri David Cameron menjelaskan pada hari Ahad lalu bahawa peperangan di Afghanistan adalah sebenarnya peperangan menentang Islam.

Bercakap di rancangan BBC Radio 4 berkenaan keputusan Britain untuk meneruskan operasi ketenteraan di Afghanistan, Gen(b) Sir Richard Dannatt berkata :” Agenda Islam yang mana jika kita tidak tentang dan hapuskan di selatan Afghanistan, atau di Afghanistan atau di Asia Selatan, terus terang saya katakan yang pengaruh ini akan terus berkembang.

Kita pernah melihat ianya bergerak dari Asia Selatan ke Timur Tengah kemudian ke Afrika Utara dan hinggalah ke zaman kegemilangan Khalifah Islamiah di kurun ke 14 dan 15”.

Dia dengan jelas menyatakan jika umat Islam mengamalkan sistem politik dan sistem pemerintahan Khilafah,ianya tidak boleh  diterima sama sekali dan yakinlah bahawa Britain akan menentangnya dengan segala bala tenteranya untuk memastikan ianya tidak akan berhasil. Katanya, dia tidak ada masalah dengan umat Islam menunaikan solat dan segala amalan keagamaan yang dituntut oleh Islam selagi mana umat Islam mengikut sistem kehidupan dan politik barat.


Taji Mustafa, jurucakap Hizb ut-Tahrir di Britain, berkata: “General Dannatt, penasihat kepada Perdana Menteri Cameron,sebelum ini  telah beberapa kali menyerang sistem pemerintahan Islam, dan  Khilafah, namun kali ini ucapannya di BBC menjelaskan lagi penentangannya terhadap Islam.

Dia telah cuba untuk membenarkan tindakannya dengan melabel Islam hanya sebagai satu agama dan bukannya deen, iaitu sistem kehidupan yang lengkap dan  merangkumi segala  urusan termasuklah urusan politik.”

“Komen-komen ini sebenarnya hanyalah meneruskan agenda  dari penjenayah-penjenayah  perang seperti Tony Blair, George Bush dan Donald Rumsfeld- kesemuanya menjadikan alasan memerangi keganasan dengan sebenarnya menentang  keinginan umat Islam untuk mengembalikan sistem pemerintahan Khilafah Islamiah-idea yang mendapat sokongan yang begitu hebat sekali di negara-negara umat Islam,” katanya.

“Jika komen-komen Dannatt adalah mencerminkan pemikiran kerajaan British kini, ianya menjadi petanda yang kerajaan David Cameron akan menjerumuskan dirinya kepada perperangan yang berterusan terhadap impian politik Dunia Islam- gerakan ke arah peranan yang lebih besar bagi agama Islam dalam pemerintahan dan gerakan yang lebih besar untuk membebaskan umat Islam dari belenggu penjajahan yang kedua-duanya terzahir dalam impian untuk mengembalikan sistem pemerintahan Khilafah Islamiah.

No comments:

Post a Comment